Masih tercari-cari topik yang biasanya ditanya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik untuk sesi 16 Mei 2019?
Anda tiba tepat pada web yang betul.
Berikut merupakan topik yang biasa ditanya dalam seksyen A Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik.
Nota: Ini bukan soalan spot atau ramalan. Ini hanyalah berdasarkan daripada pengalaman dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.
Baca Juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
1. Konsep pengasingan kuasa
- Pentadbiran
- Perundangan
- Kehakiman
2. Perlembagaan
- Definisi perlembagaan – Undang-undang tertinggi sesebuah negara serta menjadi asas rujukan undang-undang lain.
- Jenis perlembagaan – Perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri (Undang-undang tubuh negeri).
- Perlembagaan persekutuan – 183 perkara yang terbahagi kepada 15 bahagian. Digubal pada 1956 oleh Suruhanjaya Reid.
- Peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan:
1) Kebebasan Asasi
2) Kewarganegaraan
3) Sistem pemerintahan
3. Sistem Pentadbiran di Malaysia - Kerajaan Persekutuan (YdPA, Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman, etc.)
- Kerajaan Negeri (Sultan/YdPNegeri, Menteri Besar/Ketua Menteri, Dewan Negeri, etc.)
- Pihak Berkuasa Tempatan
4. Konsep dan contoh:
- Kementerian
- Jabatan
- Suruhanjaya
- Badan berkanun & Badan tidak Berkanun
- Majlis-Majlis
5. Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri
- Organisasi utama yang menjalankan tugasan Badan Eksekutif Kerajaan Malaysia
- Fungsi kabinet – Cth: Bentuk dan gubal dasar kerajaan
- Ahli kabinet – Diketuai oleh Perdana Menteri
- Mesyuarat kabinet – biasanya bersidang setiap hari Rabu iaitu seminggu sekali. Sekarang hari Jumaat.
Baca Juga: Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik
6. Undang-undang di Malaysia
- Jenis undang-undang di Malaysia – Undang-undang bertulis (Perlembagaan) dan undang-undang tidak bertulis (Undang-undang Adat)
- Perlembagaan
- Statut – Akta, Ordinan dan Enakmen
- Perundangan Kecil
- Perlembagaan Negeri
7. Badan Perundangan
- Parlimen (YdPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
- Dewan Negeri (YdPNegeri, Dewan Negeri)
- Proses penggubalan dan kelulusan Rang Undang-Undang
8. Kehakiman di Malaysia
- Fungsi Mahkamah
- Jenis Mahkamah ( Mahkamah Awam, Mahkamah Khas, Mahkamah Syariah, Mahkamah-mahkamah khas, badan pengadilan yang lain)
- Atur cara sivil dan jenayah
9. Dasar Dalam Negara
- Dasar Pembangunan Ekonomi Negara – Cth: Rancangan Malaysia, Dasar Pertanian dan sebagainya
10. Dasar Luar Negara
- ASEAN
- PBB
- NAM
- OIC
- APEC
11. Isu Semasa
- Harapan Malaysia
- Isu Rasuah
- SST
12. Dasar ekomoni Malaysia baru
12 topik yang disampaikan ini cuma sekadar informasi umum sahaja. Anda perlu cari lebih banyak maklumat dengan memperincikan setiap topik yang diutarakan dalam artikel ini.
Artikel ini cuma membantu anda dari sudut guideline sahaja.
Informasi selanjutnya perlu anda dapatkan sendiri. Harap membantulah yaa.
Oh ya, sekiranya anda mahu mendapatkan NOTA LENGKAP disamping CONTOH SOALAN BAGI SETIAP SEKSYEN A, B & C (berserta jawapan), anda boleh daftar WAITING LIST (senarai menunggu) dalam ruang pendaftaran untuk menjadi yang terawal mendapatkannya kelak.
Nak Tips Exam PTD?
Masukkan nama dan email anda di bawah untuk download tips dan panduan menjawab exam PTD secara PERCUMA.