Ramai yang tertanya-tanya bagaimana menjawab soalan ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.
Mungkin anda perasan, anda hanya ada (9.52 SAAT untuk 1 SOALAN) .
Saya akan terangkan dalam bahagian selepas ini bagaimana kekangan masa ini bakal membunuh anda dan mereka yang berfikir semasa menjawab soalan ujian Psikometrik ini bakal menerima padahnya!
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tidak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.
Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.
Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang.
Anda juga boleh sertai channel telegram KHAS untuk calon Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di sini: [+] https://t.me/pembangunanmasyarakat2022
Ciri soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif โmenerima kritikan dan pandangan orang lainโ;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
- Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai โaura negatifโ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif โmenerima kritikan dan pandangan orang lainโ.
Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif โmenerima kritikan dan pandangan orang lainโ. Cuba bayangkan semua soalan di atas โdiselerakkanโ di dalam 126 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?
Anda juga boleh sertai channel telegram KHAS untuk calon Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di sini: [+] https://t.me/pembangunanmasyarakat2022
Cara Menjawab Ujian Psikometrik yang Bakal MEMBUNUH Anda! JANGAN IKUT CARA INI!
Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun. Saya setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang membawa kepada kesimpulan ini;
โJawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!โ
Cuba bayangkan begini situasinya;
[SOALAN NO 1] Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
[SOALAN NO 43] Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
[SOALAN NO 60] Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
[SOALAN NO 107] Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
[SOALAN NO 126] Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Anda rasakan jawapannya adalah sama untuk kesemua 5 soalan di atas. Jika anda baru sahaja menjawab 100 soalan dan masa sudah suntuk dan anda memilih untuk hentam/tembak, berapa kebarangkalian yang anda akan memberikan jawapan yang sama untuk kesemua 5 soalan tersebut?
Anda nampak bagaimana pilihan anda untuk โhentam/tembakโ BAKAL membunuh anda? Anda nampak sekarang kenapa ramai calon gagal? Tiada konsistensi! Seolah-olah anda sedang โmenipuโ dalam menzahirkan personaliti/minat/kecenderungan anda. Malang sungguh jika berlaku begini.
Masalahnya ialah masa. Sebenarnya soalan ini memang sudah dirangka dalam masa yang mencukupi untuk anda menjawab semua soalan tanpa berfikir panjang dan dengan cara itulah baru personaliti/minat/kecenderungan anda datang dengan tepat dari diri anda (yang anda lakukan seharian) dan bukan dari pemikiran dan tips penting ialah, jawab sepantas mungkin, jangan banyak berfikir!
Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Sebab itu pada bahagian awal penerangan ini kita nyatakan secara umum apa itu yang positif dan apa yang negatif supaya anda tahu secara umumnya dan tanamkan dalam benak fikiran anda penilaian ini supaya nantinya ianya keluar dengan automatik melalui hati anda.
Ujian Psikometrik disusun bertujuan untuk mengukur kesesuaian psikometrik calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dalam ujian ini anda dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri sendiri dengan mempamerkan nilai-nilai positif.
Bagi saya seksyen ini sangat menyeronokkan dan percayalah, anda pasti tersenyum ketika menjawab soalan ini nanti. Yang merangka soalan ini adalah pakar dan ianya seolah-olah mencungkil rahsia anda sendiri.
Hanya 1 cara sahaja untuk anda dapat menjawab dengan tenang dan mudah iaitu melalui banyakkan buat latihan soalan ujian Psikometrik.
Dengan banyak buat latihan, anda takkan terkejut apabila melihat soalan ujian Psikometrik kali pertama nanti.
Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan calon yang gagal adalah mereka yang tak tahu bentuk soalan dan hanya berpandukan info yang mereka cari dalam internet sahaja. Bukan tak boleh cari info mengenai soalan psikometrik melalui internet tetapi bentuk soalan exam adalah sangat kurang dalam internet.
Anda perlu faham, bentuk soalan SPA adalah berbeza.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
- Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
-
-
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
-
- Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
- Setuju
- Tidak setuju
- Tidak Pasti
- Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
- Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
- Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
- Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
- Setuju
- Tidak setuju
- Tidak Pasti
- Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.
- Setuju
- Tidak setuju
- Tidak Pasti
- Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.
- Setuju
- Tidak setuju
- Tidak Pasti
- Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang.
- Setuju
- Tidak setuju
- Tidak Pasti
Anda juga boleh sertai channel telegram KHAS untuk calon Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di sini: [+] https://t.me/pembangunanmasyarakat2022