Pegawai Gred 44/ 48/ 52/ 54/ JUSA C (Terbuka)
Pegawai Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
1. MAKLUMAT PENTING
i. Calon sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam akan dilantik secara pertukaran sementara/ peminjaman berdasarkan peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
ii. Calon dari luar perkhidmatan awam akan dilantik secara kontrak.
2. Gaji
[table “2” not found /]3. SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Memiliki:
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian/ Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan/ ukur bahan/ seni bina/
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
atau
iii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
DAN
d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
4. PERMOHONAN
Calon yang berminat hendaklah memohon jawatan berkenaan menerusi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di laman sesawang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di:
http://www.spa.gov.my/
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2014 (Ahad) jam 11.59 malam.
Hanya calon yang melepasi tapisan/ disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke temu duga.
Iklan Kekosongan Jawatan : [ Lihat ]
Permohonan bagi jawatan ini hendaklah dibuat melalui Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)