Panduan Penulisan Resume Kerja

Penulisan resume merupakan salah satu aspek yang paling penting ketika anda memohon sesuatu pekerjaan. Ramai orang lebih tertumpu kepada temuduga kerana pada pendapat mereka temuduga adalah penting. Ya betul temuduga penting, tapi sedarkah anda, sebelum anda dipanggil untuk temuduga, anda perlu melalui satu tapisan terlebih dahulu iaitu melalui resume.

Penulisan resume yang baik boleh menyebabkan bakal majikan anda tertarik untuk memanggil anda untuk temuduga. Walaupun kelayakkan anda tidak berapa menarik tetapi dengan penulisan resume yang betul dan kemas, boleh merubah pandangan bakal majikan terhadap anda.

Apa itu resume?

Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi memberitahu secara ringkas mengenai diri anda. Ia bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal – hal peribadi dan kehidupan seharian. Pada asalnya,resume berasal dari perkataan Perancis dan kini digunakan secara menyeluruh di serata dunia.

Resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.

Penulisan Resume

 

Jenis-jenis resume

Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.
[su_list icon=”icon: chevron-circle-right”]

  • Chronological Resume

[/su_list]

Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.

[su_list icon=”icon: chevron-circle-right”]

  • Functional Resume

[/su_list]

Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja.

[su_list icon=”icon: chevron-circle-right”]

  • Combination Resume

[/su_list]

Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.

Penyediaan Resume yang berkesan

Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

penulisan resume

Kesilapan dalam penyediaan Resume

Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah :

penulisan resume

Surat Iringan Resume

Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.

Panduan Penulisan Resume Yang Menarik

Pertengahan bulan Februari 2015 ini, pihak Tim Infokerjaya akan mengeluarkan Panduan Penulisan Resume yang lengkap tak kira samada anda memohon untuk bekerja dengan pihak kerajaan atau swasta. Pihak Tim Infokerjaya terkenal dengan ebook-ebook panduan peperiksaan kerjaya dan temuduga yang telah membantu ramai graduan sejak tahun 2009 lagi.

Kini tiba masanya untuk belajar menulis resume dari kajian pakar yang BAKAL MERUBAH KERJAYA ANDA PADA TAHUN 2015 ini.

Sebelum itu, ada boleh muat turun ebook PERCUMA keluaran Tim Infokerjaya ‘7 Kesilapan Kritikal Resume diLONGKANGkan‘ dengan memasukkan nama dan emel anda di bawah.

Thanks for Reading

Enjoyed this post? Share it with your networks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.