Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Minggu lepas ramai yang dah mula terima surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jika anda masih belum pernah menerima surat dari SPA, ertinya ada masalah dengan boring SPA8i anda. Mungkin alamat salah!
Surat panggilan terkini adalah untuk sesi exam pada 5 Ogos 2014 ini iaitu Penolong Penguasa Kastam Gred W27.
Jika anda dapat surat dari SPA untuk exam ini, rujukan dari Tim Infokerjaya ini perlu anda miliki untuk membantu persediaan anda.
Terus ke:
[+] Contoh Soalan Dan Jawapan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Jualan panduan dibuka pada 31 Julai 2014.
Muat turun/download review copy ebook panduan di sini:
[+][+] ReviewCopy_PenolongPenguasaKastam
Ringkasnya, sedikit pencerahan info tentang Penolong Penguasa Kastam Gred W27 adalah seperti berikut:
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM – RM1,367.00
GAJI MAKSIMUM – RM5,098.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM145.00
Syarat Lantikan:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,367.00] atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,367.00] atau - Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM1,667.08] dan - lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Deskripsi Tugas:
i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred 27
Panggilan peperiksaan kali ini adalah secara online dan diharapkan ianya berjalan lancar tidak seperti exam online sebelum ini. Pasti ramai calon Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 tercari-cari mana nak dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini?
Usah risau, kami sedia membantu anda. Pihak kami ada menyediakan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini.
Pakej ini mengandungi contoh-contoh soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tip-tip dan panduan untuk anda menjawab soalan ini secara online.
Apa anda perlu buat untuk mendapatkannya? mudah saja sila tinggalkan emel anda (isi form di bawah) dan nanti makluman terus dari pihak kami nanti.
Untuk pengetahuan calon, peperiksaan Penolong Penguasa kastam yang akan dijalankan oleh SPA Malaysia bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon. Calon akan diuji dengan kemahiran mengaplikasikan maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan juga pengalaman. Matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk menguji kebolehan calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format soalan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27.
Saya senaraikan di bawah ini beberapa persediaan awal yang boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Selebihnya anda perlu dapatkan panduan peperiksaan Penolong Penguasaa Kastam sekiranya anda ingin lulus dengan jayanya.
- Anda mestilah bersedia dengan topik soalan peperiksaan yang berkemungkinan akan keluar dalam exam tersebut.
- Anda perlu tahu skema ataupun cara menjawab soalan yang bakal keluar nanti
- Anda perlu mengetahui apakah tugas-tugas seorang Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Tiga elemen utama saya gariskan buat calon. Walaupun ianya nampak remeh tetapi itulah intipati untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online tersebut.
Penerangan Format Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Muat turun/download manual pengguna peperiksaan online SPA
[+] [+] ManualPenggunaOnlineExam(PenolongPenguasaKastamW27)_2
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Penguasa Kastam Gred W27.
Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.
Seksyen A:
Pengetahuan Am
Penerangan Format
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara. Format;
v Tempoh: 40 minit
v Jumlah Soalan: 50 soalan
v Markah: 30
Contoh soalan:
Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah
Penerangan Format
v Tempoh: 45 minit
v Jumlah Soalan: 40 soalan
v Markah: 30
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
Contoh soalan:
Seksyen C:
Ujian Psikometrik
Jumlah soalan : 200 soalan
Format soalan:
– mengenali personaliti anda
Tips:
– Cuba sorok sifat negatif anda dan tonjolkan sifat positif 🙂
JUALAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27 INI DIBUKA DARI 31 JULAI – 3 OGOS 2014. JUALAN DIBUKA 4 HARI SAHAJA.
(Isi Nama dan Emel anda di bawah. Pihak kami akan maklumkan kepada anda sebaik sahaja jualan dibuka supaya anda tidak terlepas peluang ini)
Jujurnya saya katakan ianya akan membantu anda dalam peperiksaan bertulis itu nanti. Saya sarankan anda mendaftar melalui pautan link yang disediakan di bawah. Ini kerana panduan yang akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya amatlah terhad dan hanya dibuka untuk tarikh-tarikh tertentu sahaja.
Lihat sahaja ramai yang menanti dan request panduan ini diwujudkan:
Testimoni dari pembeli panduan ‘Pegawai Arkib S41’:
Daripada maklum balas yang diterima oleh calon yang terdahulu, ramai yang berpuas hati dengan isi kandungan panduan yang serba lengkap ini. Koleksi soalan dan skema jawapan yang bagus sangat membantu calon untuk menjawab soalan peperiksaan itu nanti.
Tiada lagi panduan yang selengkap ini bahkan ini adalah satu-satunya panduan yang saya rasa terbaik buat masa ini. Dengan penjualan yang terkawal dari segi masa dan kualiti panduan tersebut, pihak infoKerjaya sentiasa mengemaskini panduan tersebut dari semasa ke semasa.
Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan gred W27 bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam, panduan ini pastinya berguna untuk rujukan anda nanti. Jadi, pastikan anda menjadi yang terawal dan terbukti sudah ramai yang berjaya dengan panduan yang disediakan.
Muat turun/download review copy Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27:
[+][+] ReviewCopy_PenolongPenguasaKastam
Terus ke:
[+] Contoh Soalan Dan Jawapan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27