Mencari Kerja : Suatu Tindakan Yang Dirancang
PROSES MENCARI KERJA
1) Menilai Diri
- Menentukan minat kerjaya anda
- Kenalpasti kemahiran dan nilai-nilai yang ada
- Tahu jenis kerja yang dipohon
- Matlamat kerjaya, pastikan mendapat kepuasan berkerja
2) Meninjau Pilihan Kerjaya
- Buat perbandingan dari segi kemahiran, minat dan nilai anda dengan permintaan sesuatu bidang kerjaya dan organisasi.
- Kemungikinan masalah-masalah yang akan dihadapi apabila digabungkan kemahiran yang ada dengan kemahiran yang diperlukan
- Kenalpasti kemahiran- kemahiran yang ada, sesuai atau tidak kerjaya yang ingin diceburi.
3) Tujuan / Matlamat Sesuatu Bidang Kerjaya
- Tentukan satu-satu tujuan apabila membuat perancangan mencari pekerjaan.
- Berusaha selalu dalam mencari pekerjaan dan gunakan tenaga.
4) Persediaan Mencari Pekerjaan (Alat-Alat)
- Misalnya, surat permohonan pekerjaan, resume, surat akuan dan sijil-sijil.
- Hendaklah dibuat dengan kemas dan bermutu.
- Persiapan diri menghadapi temuduga.
5) Membina Dan Melaksanakan Strategi Mencari Kerja
- Tidak ada satu metod atau cara yang tetap/ jitu dalam mencari pekerjaan.
- Diantara cara-caranya ialah :
i. Lihat iklan kekosongan jawatan melalui sumber-sumber :
– surat khabar
– jurnal Perdagangan
– agensi pekerjaan swasta
– perkhidmatan pekerjaan kerajaan
– firma eksekutif
– daripada saudara mara, kawan atau kenalan.
ii) Melalui kerja-kerja yang tidak diiklankan
– perlu ada ‘contact – person’ untuk mengetahui kerja kosong dalam satu-satu organisasi
iii) Hubungi terus majikan-majikan – Mencari pekerjaan-pekerjaan yang tidak diiklankan di antara organisasi.
– kaji latar belakang majikan.
– sejarah penubuhan, kemajuan, pengeluaran, bentuk perkhidmatan, Cawangan / Ibu Pejabat, kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Untuk mengetahui perkara-perkara perlu lihat prospektus kerjaya organisasi berkenaan.
Cara untuk hubungi majikan
- Hantar surat permohonan pekerjaan dan resume kepada bahagian personnel atau pengurus.
- Hubungi melalui telefon atau surat dan buat temujanji untuk berbincang tentang maklumat-maklumat yang diperolehi.
- Semasa temujanji dengan Pengurus Jabatan, beri penekanan pengetahuan yang ada dan minat anda terhadap organisasi mereka.
- Buat susulan mengucapkan terima kasih.
- Jikalau pengurus tidak mempunyai jawatan yang sesuai untuk ditawarkan pada ketika itu, tetapi apabila ia tidak mempunyai ‘personel-contact’ dengan anda, apabila ada kerja kosong pada masa akan datang majikan tersebut akan menghubungi anda.
iv) Buat susulan dan merekodkan kerja-kerja yang dipohon.
6) Berjaya Mendapat Pekerjaan
- Cergas, berinisiarif dan maju dalam bidang yang diceburi.
- Sambung proses, bina perancangan bertindak dalam kerjaya.
- Saling memberi bantuan dengan rakan sepejabat.
- Bertolak ansur.
7) Panduan Mencari Pekerjaan
- Berusaha sendiri, hubungi mana-mana tempat yang dapat menawarkan anda kerja. Jangan hanya tunggu iklan kerana kadang-kadang kerja tidak diiklankan.
- Jangan terlalu memilih kerja tetapi jangan pula sambil lewa. Tentukan kerja itu sesuai dengan kemampuan diri.
- Kaji kestabilan firma/organisasi yang dipohon pekerjaan. Adalah lebih baik jika mendapat peluang bekerja disektor swasta dahulu untuk mendapat pengalaman.
- ‘first impresion’ adalah mustahak. Oleh itu berhati-hatilah apabila :
i. Menulis surat permohonan
ii. Membuat panggilan telefon
iii. Menghadiri temuduga
- Sanggup berkerja dari peringkat bawahan. Fahami masalah tugas dari bawah kerana ini banyak menolong anda menguruskan pekerjaan dengan baik kemudian hari.
- Capai keputusan yang baik / cemerlang dalam peperikasaan.
- Jangan bergantung pada : “Saya Bumiputera lebih senang dapat kerja dan ada keistimewaan”.
8) Sektor Pekerjaan
- Lulusan-lulusan diploma berpeluang bekerja di sektor swasta, Badan Berkanun dan Kerajaan. Selain daripada itu, meraka juga digalakkan bekerja sendiri atau berniaga.
Bekerja sendiri atau berniaga
Bekerja sendiri meliputi petani moden, tukang, guru kampung, peniaga dan lain-lain kerja yang halal disisi Islam.
Bekerja sendiri mempunyai keuntungan yang nyata iaitu dapat menyediakan pekerjaan, sekurang-kurangnya untuk keluarga sendiri. Kedua, bekerja sendiri atau berniaga dapat mengumpul harta dan menghasilkan kekayaan.
Proses
Untuk menubuhkan perniagaan, perlu menjalani proses berikut :-
- Mencari idea yang sesuai dengan sumber kewangan, ilmu dan keadaan setempat.
- Membuat perancangan untuk melaksanakan perniagaan.
- Menubuhkan perniagaan dan mnyelesaikan masalah penubuhan.
- Menjalankan dan menguruskan perniagaan supaya ia mencapai ‘break-even’.
- Meningkat jualan, kawalan kewangan dan pengurusan
9) Persediaan Mencari Pekerjaan (Alat-alat)
1) Resume
- Ialah fakta-fakta ringkasan yang padat mengenai peribadi, pendidikan dan sejarah pekerjaan anda bagi menunjukkan kelayankan anda untuk satu-satu jenis pekerjaan atau jawatan yang diminati.
- Ia mestilah dapat meyakinkan majikan untuk memanggil dan menemuduga anda.
Beberapa panduan menulis resume
- Tulis dengan ringkas dan padat.
- Elakkan dari menggunakan perkataan ‘saya’.
- Mempunyai kreativiti dan memberikan maklumat-maklumat lengkap.
- GAMBAR – mestilah yang terbaharu.
- Semak semula sebelum menyerahkan kepada majikan.
- Bersikap jujur, berikan penumpuan pada kemahiran dan kelebihan-kelebihan yang anda miliki.
- Pastikan bahawa maklumat-maklumat yang diberi secara berturutan dan logik.
- Sekiranya anda menulis surat permohonan sertakan dengan ‘cover letter’.
- Resume hendaklah ditaip dengan kemas melainkan dikehendaki ditulis tangan.
2) Surat Pengenalan ( Cover Letter)
- Surat pengenalan ( cover-letter) diperlukan, jikalau memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.
- Surat pengenalan disertakan dengan resume dan borang permohonan. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan borang anda dan boleh diberi perhatian pada faktor-faktor penting yang membolehkan anda ditawarkan pekerjaan.
Beberapa panduan menulis surat pengenalan
- Surat pengenalan adalah surat peribadi. Elakkan daripada menyalin semula atau meniru surat orang lain. Surat pengenalan tidak seperti surat pekeliling.
- Memunyai kreativiti.
- Kertas yang digunakan hendaklah bersaiz A4, berwarna putih (kosong) dan bermutu iaitu bukan kertas buku latihan yang dikoyakkan.
- Hendaklah ditulis dengan kemas dan bersih. Buat satu salinan untuk simpanan.
- Tulis alamat, no. Telefon dan tarikh di sudut atas sebelah kiri.
Nota :
Contoh surat-surat permohonan, surat memohon maklumat, surat penerimaan dan surat terima kasih, sila rujuk buku ‘Panduan Mencari Pekerjaan’ di library kerjaya.
Adakah perlu surat permohonan atau surat pengenalan ditulis atau ditaip?
o Surat permohonan atau surat pengenalan adalah penting kepada majikan disamping resume dan keputusan peperiksaan.
o Elakkan kesilapan ejaan, penggunaan tatabahasa hendaklah baik dan teratur.
o Tulisan mestilah bersih dan kemas.
o Apabila surat permohonan dikehendaki tulis tangan, hendaklah ditulis tangan. Maksud disebalik tulis tangan ialah untuk melihat diri/personaliti seseorang individu, kemas dan bersih serta bertanggungjawab atau sebaliknya.
o Jika sekiranya seseorang calon tahu bahawa tulisannya sukar dibaca dan difahami, sebaik-sebaiknya surat tersebut ditaip.
o Tulisan tangan yang baik diperlukan dalam jawatan seperti bidang perakaunan, untuk buat laporan bertulis, membuat rajah dan lukisan.
3) Mengisi borang permohonan kerja
Beberapa panduan mengisi borang :
i. Baca dengan teliti semua arahan supaya dapat mengisi borang dengan betul.
ii. Majikan adalah orang pertama yang melihat borang anda. Pastikan tulisan anda terang, mudah dibaca dan semak ejaan anda.
iii. Tulisan – sekiranya tulisan tangan anda tidak kemas seperti cakar ayam, ejaan banyak salah, tanda-tanda kotor atau tanda air kopi di dalam satu muka surat, majikan tidak akan menyemak borang anda dengan lebih terperinci dan kemungkinan borang tersebut tidak dilayan. Majikan akan menyemak dan menyenarai – pilih borang-borang yang kemas dan bersih sahaja.
iv. Sekiranya terdapat bahagian yang memerlukan anda menulis ayat/ karangan pendek, tuliskan rangkanya di kertas lain dahulu. Kemudian tulis semula dengan kemas ke dalam bahagian yang memerlukannya. Jikalau tulisan tangan tidak menarik atau tidak kemas, sebaik-baiknya ditaip.
v. Di dalam borang kadangkala terdapat soalan-soalan tentang kegemaran, minat, aktiviti, jawatan-jawatan yang disandang dalam persatuan dan pencapaian / kemajuan lain selain daripada aktiviti. Soalan-soalan ini bertujan untuk melihat sejauh mana keaktifan seseorang calon selaras dengan Diploma atau ijazah yang dimilikinya.
vi. Jikalau jawatan yang dipohon ada kaitan dengan Ijazah/ Diploma anda, beri gambaran isi kandungan Ijazah / Diploma tersebut ada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan jawatan yang dipohon meliputi projek akhir.
vii.Rujukan penama (referee) hendaklah minta izin dari penama berkenaan. Rujukan penama hendaklah seorang Dekan Kajian, Ketua Kursus atau Pensyarah kerana mereka tahu latar belakang akademik pelajar.
viii. Jika ada ruangan-ruangan yang tidak berkaitan dengan anda, tulis sahaja perkataan ‘tidak’.
ix. Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan huruf besar, warna dakwat hendaklah gelap dan tidak ada salah ejaan.
x. Jikalau tidak ada pengalaman kerja, nyatakan kerja-kerja separuh masa atau sukarela yang pernah dilakukan.
xi. Gunakan sampul surat yang sesuai.
xii. Semak sebelum hantar borang. Hantar borang kepada penama yang betul, alamat yang betul, dan jangan terlewat daripada tarikh tutup.
Perhatian
Sebarang permohonan yang dihantar terus kepada majikan mestilah disertakan dengan surat pengenalan ( cover-letter) dan resume.
Sediakan gambar terbaharu.
Banyak cara untuk kita cari rezeki tetapi tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rezeki kerja dengan orang ataupun kerja dengan kerajaan sekalipun. Mungkin rezekinya pada kerja sendiri atas keupayaan diri masing2 dalam melaksanakan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Boleh cuba nasib untuk menjadikan seseorang itu matang dalam dunia pekerjaan.