Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Minggu lepas ramai yang dah mula terima emel jemputan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Anda boleh buat semakan panggilan peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di link nie : http://e-semakan.spa.gov.my/
Menurut kepada emel panggilan daripada SPA sesi exam online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ini akan diadakan pada 3 April 2015 ini.
Jika anda dapat bakal menduduki peperiksaan online ini, rujukan dari Tim Infokerjaya ini perlu anda miliki untuk membantu persediaan anda.
Ringkasnya, sedikit pencerahan info tentang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah seperti berikut:
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
Jadual Gaji:
[su_table]
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM928.00 | RM3,375.00 | RM95.00 |
[/su_table]
Syarat Lantikan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan - Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
Klik Link Di Bawah Untuk Dapatkan Ebook Panduan Exam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
[+] Rujukan Exam Pembantu Tadbir N17
Anda juga boleh download preview copy PERCUMA ebook Rujukan Pantas Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 di link di bawah:
[+] www.tipskerjaya.my/previewn17.pdf
Format Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Panggilan peperiksaan kali ini adalah secara online dan diharapkan ianya berjalan lancar seperti sebelum ini. Pasti ramai calon Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tercari-cari mana nak dapatkan rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ini?
Usah risau, kami sedia membantu anda. Pihak kami ada menyediakan rujukan peperiksaan online ini.
Pakej ini mengandungi contoh-contoh soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tip-tip dan panduan untuk anda menjawab soalan ini secara online.
Apa anda perlu buat untuk mendapatkannya? mudah saja sila tinggalkan emel anda (isi form di bawah) dan nanti makluman terus dari pihak kami nanti.
Untuk pengetahuan calon, peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 yang akan dijalankan oleh SPA Malaysia bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon. Calon akan diuji dengan kemahiran mengaplikasikan maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan juga pengalaman. Matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk menguji kebolehan calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format soalan peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.
Saya senaraikan di bawah ini beberapa persediaan awal yang boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Selebihnya anda perlu dapatkan panduan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 sekiranya anda ingin lulus dengan jayanya.
- Anda mestilah bersedia dengan topik soalan peperiksaan yang berkemungkinan akan keluar dalam exam tersebut.
- Anda perlu tahu skema ataupun cara menjawab soalan yang bakal keluar nanti
- Anda perlu mengetahui apakah tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Tiga elemen utama saya gariskan buat calon. Walaupun ianya nampak remeh tetapi itulah intipati untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online tersebut.
Penerangan Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.
Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditemu duga.
- Seksyen A: Pengetahuan Am. Seksyen ini amat luas skopnya mencakupi pengetahuan mengenai bidang pentadbiran, teknologi maklumat, dasar-dasar kerajaan dan banyak lagi.
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah. Ianya lebih kepada penilaian kemahiran logik, penyelesaian masalah dan kemahiran matematik
- Seksyen C: Penaksiran Personaliti. Seksyen ini paling menyeronokkan. Anda hanya perlu jujur dalam menonjolkan aspek positif diri anda
JUALAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 INI DIBUKA DARI 30 MAC – 2 APRIL 2015. JUALAN DIBUKA 4 HARI SAHAJA.
(Isi Nama dan Emel anda di bawah. Pihak kami akan maklumkan kepada anda sebaik sahaja jualan dibuka supaya anda tidak terlepas peluang ini)
Ebook panduan peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ini diberikan secara percuma bagi semua pembeli PAKEJ PREMIER dan PAKEJ MASTER, ebook RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN.
Jujurnya saya katakan ianya akan membantu anda dalam peperiksaan online itu nanti. Saya sarankan anda mendaftar melalui pautan link yang disediakan di bawah. Ini kerana panduan yang akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya amatlah terhad dan hanya dibuka untuk tarikh-tarikh tertentu sahaja.
Lihat sahaja ramai yang menanti dan request panduan ini diwujudkan:
Testimoni dari pembeli panduan ‘Pegawai Arkib S41’:
Daripada maklum balas yang diterima oleh calon yang terdahulu, ramai yang berpuas hati dengan isi kandungan panduan yang serba lengkap ini. Koleksi soalan dan skema jawapan yang bagus sangat membantu calon untuk menjawab soalan peperiksaan itu nanti.
Tiada lagi panduan yang selengkap ini bahkan ini adalah satu-satunya panduan yang saya rasa terbaik buat masa ini. Dengan penjualan yang terkawal dari segi masa dan kualiti panduan tersebut, pihak infoKerjaya sentiasa mengemaskini panduan tersebut dari semasa ke semasa.
Klik Link Di Bawah Untuk Dapatkan Ebook Panduan Exam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
[+] Rujukan Exam Pembantu Tadbir N17
Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan gred N17 bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), panduan ini pastinya berguna untuk rujukan anda nanti. Jadi, pastikan anda menjadi yang terawal dan terbukti sudah ramai yang berjaya dengan panduan yang disediakan.
DAFTARKAN NAMA DAN EMEL ANDA DI BAWAH UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT PERTAMA APABILA JUALAN DIBUKA NANTI