TIP SOALAN FAVOURITE TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: KENAPA AWAK BERMINAT BEKERJA DENGAN KERAJAAN?
Tahniah Tim Tips Kerjaya ucapkan kepada anda yang lulus peperiksaan dan mendapat panggilan temuduga dari SPA.
Anda perlu bersedia menjawab soalan ini yang dianggap sebagai favourite.
Apa kelebihan dan kekurangan bekerja sebagai penjawat awam berbanding dalam sektor swasta??
atau
Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
Untuk soalan ini, berikut antara jawapan yang anda boleh berikan.
Jawapan penyedap hati 🙂
Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:
1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam merupakan suatu kebanggaan kepada diri saya kerana dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.
3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar,bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.
4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapa tmenyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.
5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja disektor awam ini memberikan jaminan masa depan buatsaya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata “kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.
6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan-kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.
Ingin dapatkan panduan Temuduga Kerja Kerajaan?
Anda perlu dapatkan ebook ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan‘ jika anda mempunyai masalah berikut:
- Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun.
- Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang – ulang kali, tapi masih tidak dipanggil – panggil menghadiri temuduga.
- Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.
- Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik…Takut sangat!
- Anda tercari – cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya…
- Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil – kebil mata anda….blur!
- Anda ditanya soalan ‘killer’ oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..
- dan banyak lagi
Ya, itu baru sekelumit dari masalah yang sedang melanda rakan – rakan kita yang ingin mencari kerja di sektor awam…..Bukan senang nak dapat kerja di sektor awam ini jika anda tidak tahu rahsianya…Mungkin anda akan berkata ” tiada rahsia – rahsianya, dipanggil temuduga, datang, dan jawab je apa – apa soalan yang ditanya”. Adakah anda pasti dengan melakukan itu saja anda mampu berjaya dapatkan kerja yang anda idam – idamkan, iatu kerja kerajaan?
Anda silap!
Ianya tidak semudah anda sangkakan..Oleh sebab itulah laporan ini ditulis khas buat anda. Ianya disediakan khas untuk membantu orang seperti anda yang sememangnya menginginkan kerjaya di sektor awam sebagai kerjaya tetap.
Panduan ini boleh diguna pakai untuk mana-mana temuduga samada pihak kerajaan mahupun swasta. Jadi anda tidak perlu tercari- cari cara untuk menghasilkan resume untuk temuduga anda.
Klik sini :
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan